Monday, September 3, 2012

Majlis cukor jambul Syarifah Khaira




Sabtu, 1 Sept 2012 - Hari yang menggembirakan. Belum genap setahun bernikah antara Syed Hidayat-Juhaida, tanggal 19 Julai (28 Syaaban 1433) lahirlah puteri pertama diberi nama Syarifah Khaira binti Syed Hidayat. Sempena Hari Raya majlis cukor jambul dan taknik telah diadakan hari Sabtu yang turut dihadiri sanak saudara dan sahabat handai. Ahli jemaah Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah turut hadir untuk diraikan dengan bacaan rawi dan marhaban. Syukor ke Hadrat Allah s.w.t dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir menyerikan majlis.
Gambar lagi di laman Syarifah Khaira 1 Sept 2012 - sebelah kanan

Sunday, August 26, 2012

Pernikahan SYED KHALED-NURSYAFIZA




Sabtu,25.08.2012 - Majlis perkahwinan telah diadakan di alamat 392, Kg Sentang, Utan Aji, Kangar Perlis dalam suasana ceria dengan cuaca cerah. Sebelum daripada itu majlis akad nikah telah berlansung pada petang hari Jumaat 24.08.12 walaupun dalam suasana basah kuyup dek sebab hujan mulai turun sejak awal petang. Dengan sekali lafaz Syed Khaled bin Dato Syed Taha telah sah memperisterikan Nursyafiza bt Sahidan diiringi rombongan pengantin sebanyak 30 buah kereta. Majlis reception sebelah pengantin lelaki akan diadakan di Dewan PWTC pada 16.09.12.
Gambar-gambar di laman 250812 Syed Khalid - sebelah kanan

Saturday, September 17, 2011

Pernikahah Syed Hidayat-Juhaida


Jumaat, 16 September 2011 - Hari bersejarah bagi rakyat Malaysia tapi lebih bersejarah bagi anak sulung pencatatSyed Hidayat yang telah dijabkabulkan selepas asar di rumah pengantin perempuan di 143,Felda CheMoimoi, Triang Pahang dengan isteri pilihan Juhaida bt Harun. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan majlis selamat disempurnakan oleh walinya sendiri bersaksikan jurunikah dan imam masjid kampung.
Sabtu,17 September 2011 - Majlis keraian pengantin diadakan di tempat yang sama pada 12.30 tgh dengan aktivti sesi bergambar bersama keluarga sementara tetamu jemputan terus berasak menikmati juadah yang disediakan pihak tuan rumah.

Majlis yang sama yang diadakan di Kompleks Sukan KKB pada 24 September 2011. Kepada semua yang mengenali pencatat... dijemput hadir memeriahkan majlis ini.

GAMBAR KENANGAN DI SINI

Sunday, July 11, 2010

Perkahwinan di GreenWood


Pengantin : Mohd Iskandar Mazlika Hj Kamaruddin & Siti Farhana bt Hj Abdul Hadi
Akad Nikah : Sabtu 17 Julai 10.00 pagi di Seksyen 10, Shah Alam
Walimatul Urus : Ahad 18 Julai 2010 diikuti kenduri qiqah lepas asar di 161, Jalan Batu Geliga, Taman Melawar, Greenwood, Batu Caves,KL

Sunday, December 20, 2009

Perkahwinan D Jelapang

Majlis perkahwinan sedara di Jelapang berlangsung pada Ahad 20 Disember 2009 bertempat di 282, Laluan Taman Meru 23, Taman Meru 1B, Ipoh Perak. Pengantinnya : Syed Shahrul Nizam bin Syed Abu Bakar bersama Wan Nashrah binti Wan Ramli. Gambar perisiwa tak sempat nak diambil...harap pihak tuan rumah akan uploadkan kemudian. Yang sempat diambil gambar keluarga untuk renungan. Bapa pengantin lelaki - Hj.Syed Abu Bakar bin Syed Hafzan Jamalullail dan ibunya Hjh .Shamsiah binti Hj Ariffin. Bapa pengantin ialah adik ipar kepada kakak blogger bernama Hjh Sharifah Rogayah bt Hj Syed Mohamad Al-Asrar(berbaju biru kanan seklai)

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Tahun ini 2009, semua keluarga dari KL akan berkumpul di KKB pada hari Sabtu 28hb November 2009 sempena sambuatan Hari Raya Korban. Majlis doa selamat akan diadakan pada jam 12.00 tg. Selain daripada itu majlis makan-makan - sembang-sembang. Dari awal pagi hingga lewat petang, semua events boleh ditonton melalui http://www.tv4s.blogspot.com/. Just click kat JustinTV...kat sebelah tu.....dan inilah detik-detik gembira dalam majlis itu...





Lebih banyak gambar di http://gpbbea5061.fotopages.com

Sunday, July 5, 2009

MAJLIS DI SIMPANG PULAI

11 Julai 2009 - Majlis Walimatul Urus pihak pengantin lelaki di Simpang Pulai. Siaran langsung boleh ditonton di sini pada tarikh tersebut.